Monday, April 23, 2012

2 Amanat Wak Ketari Kepada Semua

assalamualaikum dan selamat sejahtera..wak nk korang bg masa 5 min je baca ni k..

Wak rasa mesti korang tahu kenapa syarikat luar buka cawangan (melabur) di Malaysia antaranya ialah:
* Kestabilan politik
* Luar lingkaran gempa bumi
* Manpower yang harga sederhana (tak murah jika dibanding negara lain)
Kalau diikutkan logik, Filipina yang majoriti rakyat berbahasa Inggeris lebih kuat berusaha, Manpower yang sangat murah dan juga ada area yang tak terlibat dengan bencana alam. Membezakan kita dan mereka ni, cuma Kestabilan politik.

Kalau sekitar 20 tahun lalu, kita menghadapi ancaman komunis dan isu pendatang haram yang menggugat keamanan negara, namun kini trend itu sudah berubah kepada jenayah siber .

Apa yang wak nak tekankan disini ialah Etika ketika mengodam. mungkin ada yang beranggapan kesan aktiviti menggodam ini tidak terlalu besar pada negara dan rakyat Malaysia. Tapi hakikatnya kerajaan malaysia memandang serius terhadap aktiviti ini kerana amat jelas kesanya pada ekonomi Negara. Pelabur asing sudah tentu tidak berminat melabur sekiranya Malaysia huru-hara dan ini akan menjejaskan peluang pekerjaan sekiranya fenomena ini berterusan.

Baru-baru ini seperti yang kita semua tahu yang Anonymous telah menyerang Laman web Kerajaan dan berita ni mengegarkan 1 Malaysia..
Di sini wak nk tanya kalau orang nak serang Malaysia, apa patut kita buat ?
* Menjadi pejuang – bersama mempertahankan Malaysia?
* Menjadi penderhaka – bersama usaha menjahanamkan Malaysia?
Situ pun dah jadi penderhaka, apatah lagi kalau mempermainkan maruah Agong .
Jadi renung-renungkanlah.

Bayangkan jika 400 Student DF mengodam laman system syarikat tempatan, melakukan DDOS attack, Deface, rasaya apa akan jd pada Malaysia? Apa perasan rakyat Malaysia? Apa perasaan pemimpin kita? Apa perasaan pejuang-pejuang bangsa kita? Wak rasa org luar yang nk menjahanamkan Malaysia seronok melihat Malaysia diJahanamkan oleh rakyatnya sendiri.

Bila Malaysia dah hancur syarikat-syarikat luar dan pelabur asing akan lari dari Malaysia. Maka kesanya akan timbul pada rakyat Malaysia kerana kehilangan pekerjaan.

Bayangkan contoh , dengan porak peranda semua ni, syarikat asing seperti Daihatsu(perodua) bercadang untuk memindahkan kilang mereka ke negara jiran.
* Ribuan pekerja Daihatsu akan mengganggur
* Ratusan kilang sub yang mewakili ribuan lagi pekerja akan kehilangan mata pencarian
* Peniaga kantin kilang akan hilang mata pencarian
* Peniaga nasi lemak di depan kilang akan hilang mata pencarian
* Pengusaha van kilang akan hilang mata pencarian
* Pengusaha kedai runcit akan hilang mata pencarian
* Peniaga kereta & motor akan hilang mata pencarian
* Bengkel kereta & motor akan hilang mata pencarian
* Jutaan pekerja yang terlibat akan hilang mata pencarian
* Anak anak pekerja yang terlibat akan mewarisi kemiskinan
* Jenayah akan meningkat, menjadikan Malaysia bukan lagi negara aman.
Banyak lagi kalau nak disenaraikan. Secara asasnya, hal porak peranda ni akan melumpuhkan ekonomi, dan tiada siapa yang untung dalam hal ini (melainkan negara asing yang sangat suka kalau Malaysia porak peranda)

seperti bdak DFT1 ckp,
"kite xyh la pg menjahanamkan website or system negara sendiri, pg je wat cyber attack kt negara lain"

ermm.. kalau kes seperti ni mcmana plak yer??

okey lah.. wak bg contoh sangat simple dan mudah difahami oleh semua lapisan masyarakat.

perumpamaan 1:
anak jiran sebelah lempar batu ke rumah korang.. dah cermin pecah... agaknya apa yang korang buat?

wak bg 3 pilihan
1. wat xtau je

2. maki budak tu n mak pak dy..
3. nasihat budak tu.

rasanya korang akan pilih yang mana ye??

1. wat xtau = tindakan korang sama je mcm nk menjahanamkan rumah sendiri
2. maki = akan melibatkan pergaduhan yang lebih besar..
3 nasihat = cool dan rilex.. cari cara pendamaian..

sama jugak dlm kes mengodam ni.. kalau kita mengodam sistem negara jiran.. kemungkinan 3 pilihan ni akan di buat..

bayangkan kalau negara lain ingin porak peranda kan malaysia ini? kemungkinan akan pilih pilihan yang ke 2..

Pemimpin kita sibuk2 pg luar negara ingin merapatkan hubungan dgn negara lain.. tp kita di rumah senyap2 menjahanamkan negara.. ermm..

mesti ada yang tanya.. kenapa DF nk ajar semua ni?

1. ok.. untuk pengatahuan semua.. kami DF ingin mengumpul semua belia2 d malaysia ni dibwah satu nama iatu DragonForce. kami xajak pun korang benci pada mana2 organisasi. mahupun kerajaan atau pun pembangkan.. dan DF tidak berniat langsung pun untuk mempergunakan belia2 malaysia.. tidak sama sekali


2. terpulang pada korang nk buat apa pada ilmu yang DF akan turunkan nnti akan digunakan pada kebaikan atau kejahatan.. sbb semua dah besar kn.. boleh kenal mana yang baik dan mana yang buruk.. bkn ini je.. semua yang korang belajar dalam dunia ni pun sama je..
contoh: ilmu silat.
terpulang pada korang nk gunakan ilmu silat tu nk jd gengster atau nk gunakan silat tu untuk mempertahankan diri..


3. DF ingin membuka mata semua rakyat malaysia bertapa pentingnya system keselamatan dalam alam maya ni.

wak harap semua paham k..

INGAT APA YANG KITA BELAJAR INI HANYA UNTUK ILMU PENGATAHUAN TAMBAHAN SAHAJA..

DF tidak akan bertanggung jawab jika korang di tangkap atas jenayah cyber..

hukuman buat penggodam..
penjara 10 tahun atau denda rm100k atau kedua2 sekali kot.. kalo xsilap wak la.. korang boleh rujuk sumber lain.

sekarang ni yang tinggal, cuma tugas kita untuk diri kita sendiri, memperbaiki diri sendiri dan PILIH samada anda ingin menjadi PENGKHIANAT atau PEJUANG Negara..

renung2kanlah

Yang benar
Wak Ketari
DragonForce Recruitment Team
Bangsa Melayu against Bangsat Melayu
Article dari aspirasi Sifu =)

2 Comments

Muiz said...

Thanks Wak :D

mohd zulhafizi said...

article yang penuh mendalam dan aku harap semua yg baca boleh ambil pengajaran dari ni...

Bagaimana Pendapat Anda ?